Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya - Khong Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang -William J. Siegel

Setiap bunga mawar pasti ada durinya

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah

0 TULIS KOMENTAR:

Posting Komentar

TRANSLATE

 
ANGKASA VIDEO PRODUCTION

Design By: Mas Benk