Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera

Seburuk-buruk buta adalah buta hati

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi - Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu - Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah - Lao Tze

Awal mula pohon ialah benih

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan

Kita senantiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan

0 TULIS KOMENTAR:

Posting Komentar

TRANSLATE

 
ANGKASA VIDEO PRODUCTION

Design By: Mas Benk