Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, niscaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahwa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak karena semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percobaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawali komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawali komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya
Kata-kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan karena selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya - Albert Camus
Harta tidak akan berkurang karena sedekah dan melakukan amal
Sahabat sejati umpama pohon rindang tempat kita berteduh
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
Manusia tidak perlu dihukum karena lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang - Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu - Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkawinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara



0 TULIS KOMENTAR:
Posting Komentar